Bersugi sebelum membaca al-Qur-an

Terjemahan Hadith :

٢٦٠. عن علي ﷺ قال: قال رسول اللہ ﷺ:إن العبد إذا تسؤك ثم قام يصلي قام الملك خلفه فيستمع لقراءته فيدنو منه أو كلمة نحوها حتى يضع فاه على فيه، فما يخرج من فيه شيء من القرآن إلا صار في جوف الملك، فطهروا أفواهكم للقرآن. رواه البزار ورجاله ثقات، مجمع الزوائد: ٢: ٢٦٥.

260. Sayyidina Ali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang hamba bersugi kemudian bangun bersolah maka seorang malaikat akan berdiri di belakangnya mendengar dengan penuh perhatian akan bacaannya kemudian malaikat itu menghampirinya sehingga dia meletakkan mulutnya pada mulut orang itu. Maka segala lafaz bacaan al-Quran yang keluar dari mulutnya akan terus masuk ke perut malaikat itu (dan demikianlah sehingga hamba itu menjadi orang yang dikasihi oleh para malaikat.) Oleh sebab itu, hendaklah kamu membersihkan mulut kamu (dengan mengambil berat untuk bersugi) untuk tilawah al-Quran." (Bazzar: Majma' uz-Zawa id)

Riwayat :

Sumber : الأحاديث المنتخبة . MUNTAKHAB AHADIS. HADIS-HADIS PILIHAN. Penyusun : Syaikh Muhammad Yusuf Kandhalawi. Penyunting : Syaikh Muhammad Saad Kandhalawi.

Catitan :

Comments

Popular posts from this blog

Bersugi sebelum solat

Nabi SAW bersugi sebelum bertahajud

Nabi SAW bersugi bila keluar rumah untuk bersolah di masjid